Benarkah Perang Sunni-Syiah di Syria?
Masyarakat dunia berjaya dimanipulasi oleh media hinggakan mudah melabel peperangan saudara yang berlaku di Syria disebabkan permusuhan di antara Sunni dan Syiah (Alawi Nusairiyah). Mereka sekadar berhujah semata-semata kerana Presiden Bashar adalah dari kelompok Syiah dan rakyat yang memberontak adalah dari kalangan Sunni. Logiknya, masyarakat Alawi hanya sekadar minoriti 15% daripada penduduk Syria atau 3.5 juta rakyat daripada 23 juta penduduk di Syria (Bancian 2011), sudah tentulah kebanyakan rakyat yang memberontak adalah dari kalangan sunni. Memang benarlah, masyarakat luar disuap sepenuhnya oleh media kerana mereka tidak berada di tanah Syria untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.
Kesannya penganut syiah diluar syria seperti Lubnan dan Iran turun membantu kerajaan Bashar atas dasar mempertahankan kerajaan Islam. Manakala penganut sunni dari luar pun membantu penentang kerajaan atas dasar menentang kezaliman pemerintahan Bashar dan menegakkan perjuangan Islam (juga). Kedua-duanya kelompok ini berkeyakinan perjuangan mereka adalah jihad dan mati mereka juga sebagai syahid.
Wael Nader Al-Halqi (Perdana Menteri Syria)
Sedangkan, Perdana Menteri Syria ketika ini (artikel ini ditulis), Wael Nader Al-Halqi adalah seorang Sunni dan kebanyakan tentera kerajaan Syria adalah terdiri daripada Sunni! Malah Menteri Pertahanan Syria merangkap Timbalan Perdana Menteri, Fahd Jassem al-Freij adalah seorang jeneral tentera dari golongan Sunni!
Sebelum beliau, jawatan Menteri Pertahanan disandang oleh seorang penganut Kristian Ortodox, Dawoud Rajiha. Dawoud Rajiha terbunuh pada 18 Julai 2012 ketika pengeboman di Bangunan Keselamatan Kebangsaan di Rawda Square, Damsyik. Antara yang lain terbunuh dalam pengeboman itu adalah bekas Menteri Pertahanan terdahulu iaitu Lt. General Hasan Turkmani (Sunni) dan Timbalan Menteri Pertahanan, General Assef Shawkat merupakan ipar kepada Bashar al-Assad yang tidak dinafikan adalah seorang Syiah Alawi. Juruterbang tentera udara kerajaan Bashar yang menjadi ancaman besar kepada pemberontak, ramai dianggotai oleh orang-orang sunni.
Yang pasti ialah Presiden Bashar al-Assad adalah seorang Syiah Alawi dan sudah tentu penganut Alawi berpihak kepada beliau. Kebanyakan panglima tentera, tentera elit dan pengawal republik dikuasai oleh golongan Syiah Alawi atau ahli keluarga Assad. Pucuk pimpinan kerajaan pula, kebanyakan dikuasai oleh Parti Ba'ath yang dipimpin oleh Bashar dan dianggotai dari latar belakang agama dan komuniti kaum yang berbeza. Bagaimanapun tidak sampai 50% menteri kabinet dianggotai oleh ahli Parti Ba'ath, termasuklah Menteri Waqaf (Hal Ehwal Islam) yang dikhususkan untuk orang sunni seperti diperuntukkan dalam akta perlembagaan mereka. Menteri Waqaf kini dijawat oleh Dr. Mohammad Abdul-Sattar al-Sayyed yang merupakan pemegang Ph.D. dalam kajian perundangan Islam dari Universiti Damsyik.
Pada tahun 2000, apabila Bashar memegang tampuk pemerintahan, Shabiha dibubarkan. Bagaimanapun apabila tercetusnya konflik dalaman ini, Shabiha muncul semula sebagai benteng hadapan untuk menghadapi dan menyerang penunjuk perasaan serta rakyat tempatan yang memberontak. Mereka digambarkan seperti seorang yang berbadan sasa, kepala dicukur, dan berjanggut nipis. Mereka terdiri daripada golongan belia yang tidak bekerja dan kurang berpendidikan mendapat upah dari kerajaan Bashar. Kebanyakan kes-kes rogol dan tembak rambang sewaktu peperangan ini dikaitkan dengan mereka.
Kumpulan Shabiha
Sebuah lagi kumpulan pro Bashar iaitu kumpulan separa tentera yang dinamakan Shabiha diditubuhkan pada 1980-an oleh ahli keluarga Assad iaitu, Namir al-Assad dan Rifaat al-Assad. Kumpulan ini amat ditakuti oleh penduduk kerana sering bertindak samseng dan juga sebagai penguatkuasa tidak rasmi yang seolah-olah kebal dari undang-undang. Majoriti dianggotai oleh kelompok Alawi yang sangat setia kepada ahli keluarga Assad.Pada tahun 2000, apabila Bashar memegang tampuk pemerintahan, Shabiha dibubarkan. Bagaimanapun apabila tercetusnya konflik dalaman ini, Shabiha muncul semula sebagai benteng hadapan untuk menghadapi dan menyerang penunjuk perasaan serta rakyat tempatan yang memberontak. Mereka digambarkan seperti seorang yang berbadan sasa, kepala dicukur, dan berjanggut nipis. Mereka terdiri daripada golongan belia yang tidak bekerja dan kurang berpendidikan mendapat upah dari kerajaan Bashar. Kebanyakan kes-kes rogol dan tembak rambang sewaktu peperangan ini dikaitkan dengan mereka.
Manakala puak penentang Bashar juga dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Mereka dipimpin oleh Ahmad Mouaz Al-Khatib Al-Hasani iaitu Presiden Gabungan Kebangsaan Revolusi Syria dan Angkatan Pembangkang. Beliau merupakan seorang bekas imam sunni di Masjid Umayyah di Damsyik.
Ahmad Mouaz Al-Khatib Al-Hasani
Kumpulan pemberontak di Syria belum disusun dengan teratur dan terdiri daripada pelbagai kumpulan berbeza yang bersatu hanya untuk mencapai matlamat menggulingkan pemerintahan rejim Assad. Di dalam gabungan tersebut terdiri diantaranya ialah;- Syrian National Council ; dipimpin oleh George Sabra seorang kristian dan juga bekas pro komunis.
- Free Syrian Army ; dipimpin oleh General Mustafa Al-Sheikh (sunni) merupakan bekas jeneral tentera kerajaan, dan komander Riad Mousa al-Asaad yang asalnya seorang kolonel tentera udara yang berpaling tadah pada 4 Julai 2011. Kelompok ini kebanyakannya berasal daripada anggota tentera yang berpaling tadah dan berfahaman pelbagai ideologi.
- Selain itu, beberapa kelompok mujahidin seperti Ahrar al-Sham dan Jabhat al-Nusrah li-ahl ash-Sham.
Tentera Pemberontak
Adalah salah menganggap semua pemberontak terdiri daripada kalangan mujahidin (berjihad atas nama agama). Sekiranya mereka berjaya menguasai Syria, perkara awal yang perlu mereka selesaikan ialah bagaimana hendak mengkordinasi dan menangani permintaan kumpulan-kumpulan pemberontak yang terdiri daripada berpelbagai ideologi.
Perang saudara Syria yang berlaku ini sebenarnya adalah pemberontakan rakyat Syria terhadap kezaliman kerajaan Parti Ba'ath dan sekutunya yang dipimpin oleh Presiden Bashar termasuk seluruh dinastinya. Pemerintahan Bashar secara kuku besi dikatakan mengikuti langkah yang diwarisi dari kepimpinan sewaktu bapanya menjadi presiden Syria iaitu, Hafez Assad. Pada 1982, Hafez Assad telah menghapuskan pemberontakan Ikhwanul Muslimin di bandar Hama sehingga menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban. Apabila Hafez meninggal dunia pada tahun 2000, pelantikan anaknya, Bashar sebagai pemimpin yang sederhana telah disambut baik oleh rakyatnya, tetapi tidak lama kemudian pembaharuan awal tersebut bertukar menjadi cengkaman kuasa diktator.
Konflik pemberontakan ini bermula pada 15 Mac 2011 apabila rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara menuntut perletakan jawatan Presiden Bashar ketika berlakunya era Arab Spring. Era ini merupakan bayang-bayang ngeri bagi semua pemimpin negara-negara Arab. Pada April 2011, tentera kerajaan dibenarkan atau diarahkan menembak orang awam yang mendorong ramai tentera berpaling tadah dan menyokong pemberontak. Akhirnya ketegangan politik di Syria bertukar dari demonstrasi awam kepada tercetusnya peperangan.
Perang saudara Syria yang berlaku ini sebenarnya adalah pemberontakan rakyat Syria terhadap kezaliman kerajaan Parti Ba'ath dan sekutunya yang dipimpin oleh Presiden Bashar termasuk seluruh dinastinya. Pemerintahan Bashar secara kuku besi dikatakan mengikuti langkah yang diwarisi dari kepimpinan sewaktu bapanya menjadi presiden Syria iaitu, Hafez Assad. Pada 1982, Hafez Assad telah menghapuskan pemberontakan Ikhwanul Muslimin di bandar Hama sehingga menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban. Apabila Hafez meninggal dunia pada tahun 2000, pelantikan anaknya, Bashar sebagai pemimpin yang sederhana telah disambut baik oleh rakyatnya, tetapi tidak lama kemudian pembaharuan awal tersebut bertukar menjadi cengkaman kuasa diktator.
Saturday, November 17, 2012
Kafirkah Syiah!!
Apabila kita bercakap tentang ajaran syiah, kita tidak dapat lari daripada bercerita tentang akidah yang memesongkan ajaran Islam. Apabila golongan syiah menafikan, kita langsung tidak mempercayai atas dasar mereka mengamalkan taqiyyah (berpura-pura). Apabila jawapan syariat mereka tidak selari dengan sunni, mereka dikatakan terbukti sesat! Sampai mati pun golongan syiah tidak dapat memberi fakta menyakinkan kita, sekiranya kita mematikan hujah mereka dengan alasan mereka bertaqiyyah. Akhirnya mustahil kedua-dua pihak akan menemui titik persamaan.
Perlulah kita tahu bahawa seperti sunni, dikalangan syiah juga terdapat pelbagai kumpulan yang terdiri daripada pecahan imamiyah, mazhab, tariqat dan pelbagai rejim dan komuniti. Mereka sendiri mempunyai perbezaan pendapat dari segi hukum fekah dan tauhid mereka. Malah diantaranya (sebahagian) menghukum kafir kepada mereka yang diluar kelompoknya dan dianggap terkeluar dari golongan syiah.
Semasa zaman awal pemerintahan kerajaan Umayyah, akidah mereka tidak ada bezanya dengan sunni melainkan perbezaan politik semata-mata. Oleh itu setiap kali kita memberi bukti ritual atau sumber kesesatan syiah, lebih sempurna sekiranya kita menyatakan kelompok-kelompok mereka (Ja'fariah, Bohra, Aga Khan, Druze dan sebagainya) untuk dikaitkan dengan hujah kita. Kita perlu tahu dari kelompok mana syiah itu?, dan bilakah peristiwa itu berlaku?, bagi mengelak kelompok syiah lain terpalit akan dosanya.
Semasa zaman awal pemerintahan kerajaan Umayyah, akidah mereka tidak ada bezanya dengan sunni melainkan perbezaan politik semata-mata. Oleh itu setiap kali kita memberi bukti ritual atau sumber kesesatan syiah, lebih sempurna sekiranya kita menyatakan kelompok-kelompok mereka (Ja'fariah, Bohra, Aga Khan, Druze dan sebagainya) untuk dikaitkan dengan hujah kita. Kita perlu tahu dari kelompok mana syiah itu?, dan bilakah peristiwa itu berlaku?, bagi mengelak kelompok syiah lain terpalit akan dosanya.
Kita juga tidak adil menayang kemungkaran penganut-penganut syiah untuk membuktikan kesesatan ajaran mereka. Belum tentu, itu adalah tuntutan ajaran syiah! Seperti juga dengan orang-orang sunni, usah kaitkan ajaran sunni dengan mereka yang membuat kemungkaran diatas bumi Allah ini. Satu lagi sesetengah habit penuduh, suka benar menyebut kononnya mereka mendapat sumber dari seseorang "dirahsiakan namanya" yang 100% sangat dipercayai. Kalau anda sendiri yakin, anda boleh nyatakan sumbernya kerana undang-undang negara ini berpihak kepada ajaran sunni.
Saya tidak menyatakan agama syiah itu adalah ajaran yang benar ataupun sesat. Biarlah golongan ulamak dan muktabar yang layak berhujah, kerana mereka yakin boleh menjawab kelak didepan Allah. Jika kita menyakini kekafiran syiah, itu bermakna kita sepatutnya sudah membuat kajian dan mampu memberi dalil, bukan sekadar copy and paste dari mana-mana sumber.
Wallahualam.










Comments
Post a Comment