SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.


Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.


Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.


Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.


Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyakbahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakaimakantiduradalah berdosa kepada Allah.

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnyaRezekinya dipersempitkan oleh Allah.
Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di
dalam neraka.


SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu  sembahyang zuhur dengan asarsembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja
masuk waktunyaRenungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut  Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda
Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai    waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atasIaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda
Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halanganmaka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


Wallahua'lam


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.
Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang  dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqradan ular itu berkata:
    "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau
mensia-siakan sembahyang Subuh."


Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik mataharikemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.



CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu  pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat.Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.

Enam seksa semasa hidup di DUNIA:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak MATI:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haussehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.






Tiga seksa ketika di alam KUBUR:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan apidi mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api      itu.
3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat Itu yang mana Dinamakan ular itu 'SUJAUL  AQRA' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku Telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh Hingga  ke Zuhur, Dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah   seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari KIAMAT:
1.Allah memerintahkan malaikat azab
agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke   dalam neraka.
2.Allah menilik pada orang yang tidak 
sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3.Allah akan mengira orang yang tidak 
sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud,:
"Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


Comments

Popular Posts