Syiah sebagai Mazhab Islam, sekiranya...
Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) tidak menganggap semua syiah adalah terkeluar dari Islam. Kemunculan Syiah diawalnya tidak langsung membabitkan perbezaan akidah. Sesetengahnya pula hanya sekadar menyokong dan bersimpati ke atas syiah atau sekadar ikut-ikutan yang tidak mengubah akidah mereka. Malah golongan Sunni menganggap Syiah adalah saudara Islam mereka sekiranya;
- Tidak mengkafir dan mencela sahabat-sahabat (seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman) dan isteri (Aisyah) Rasulullah s.a.w.
- Tidak menganggap al-Quran sekarang ada kecacatan. Kerana kecacatan itu seolah-olah mukjizat bersifat lemah dari peliharaan Allah untuk panduan umat manusia.
- Tidak mewajibkan kalimah syahadah tambahan untuk mengistiharkan keislaman.
- Tidak melakukan bidaah yang menyesatkan sama ada dalam ibadah atau keraian.
- Tidak menyekutukan Allah dengan menyamakan sifat lemah manusia.
- Menyakini Nabi Muhammad s.a.w merupakan insan terakhir mendapat wahyu dari Allah.
- Menyakini Nabi Muhammad s.a.w adalah insan terakhir yang maksum disisi Allah
Fahaman-fahaman kontra diatas sebenarnya dipelopori oleh Ibn Saba yang berlakon sebagai watak penyokong setia ahlul bait (syiah) sejak zaman Khalifah Uthman lagi.

Comments
Post a Comment